Saturday 13 February 2016

Kenapa Saya Pilih Menjadi Stokis Powergold

Pada permulaan menyertai Powergold, saya hanya mendaftar pakej Solid Gold dengan bayaran RM450 serta suku dinar secara percuma. Selepas dua bulan menjadi ahli, saya menaik taraf keahlian saya kepada Pakej Super Powergold (Stokis). Naik taraf (upgrade) boleh dilakukan dalam tempoh 120 hari selepas pendaftaran.


Kenapa saya upgrade kepada Stokis? Sebab saya betul-betul serius dalam bisnes emas ini. Banyak kelebihan stokis berbanding ahli biasa. Bak kata lain, dengan modal RM3800 (sebenarnya RM2k++ sahaja kerana percuma 2 dinar), dah ada kedai emas lah!

Berapa modal untuk mulakan perniagaan emas? Paling murah saya pernah tanya ialah RM10k, dan setiap kali membeli emas, minimum order RM10k juga baru boleh dapat harga borong.

Dengan Powergold, RM3800 sahaja dah ada kedai emas! Dah boleh dengan harga borong!



Modal RM3800 dapat 2 Dinar (8.5 gram emas)

Antara Kelebihan Stokis Powergold



1) Harga Emas Lebih Rendah Daripada Ahli

Harga stokis adalah lebih rendah daripada ahli biasa di mana stokis mendapat harga kurang RM2 segram berbanding ahli. Ini bermakna, setiap kali ahli yang ditaja oleh saya membeli emas, saya dapat untung RM2 segram. Nampak sikit tapi sekiranya 10 orang membeli 1 gram, untung saya sudah RM20. Sekiranya 10 orang ahli membeli 5 gram, untung saya RM10 seorang X 10 orang, saya dapat RM100. Ini adalah antara yang saya mahu.


Apabila mendapat harga lebih murah, untung trading juga lebih banyak. Katakan harga jualan 10 gram sekarang RM1859, harga Stokis RM1759 manakala harga ahli RM1779. Keuntungan trading stokis adalah RM100 berbanding ahli RM80 sahaja.



2) Reward Point Yang Lebih Banyak

Stokis Powergold atau ahli layak mendapat Reward Point (RP) apabila menaja sekurang-kurangnya 1 orang sepanjang menyertai Powergold. Terdapat 3 RP Powergold, RPI, RPII, dan RPIII


RP I - Bayaran berdasarkan keuntungan syarikat sebanyak RM500 untuk ahli / stokis. Dibayar sedikit demi sedikit sehingga cukup nilai. RPI ni semua ahli dan stokis dapat.



RP II - Bonus ini hanya stokis sahaja dapat. Bayaran berdasarkan keuntungan syarikat sebanyak RM1000 untuk STOKIS sahaja. Dibayar sedikit demi sedikit sehingga cukup nilai.



RP III - Bonus untuk Pakej Solid Gold sahaja. Bayaran berdasarkan keuntungan syarikat sebanyak RM250 untuk ahli Solid Gold. Dibayar sedikit demi sedikit sehingga cukup nilai.



3) Bonus Pairing

Semua ahli dan stokis layak mendapat bonus pairing apabila mengaktifkan kaki C. Setiap 1 pair dibayar RM30. Maksimum pair bagi pakej Gold adalah 15 pair sehari, Solid Gold 20 pair sehari manakala stokis layak 70 PAIR sehari. 70 X RM30 = RM2100. Stokis boleh menjana pendapatan pasif RM2100 sehari... WOW!

4) Bonus Matching Sehingga 5 Level

Bonus matching dibayar kepada anda apabila ahli tajaan anda mendapat bonus pair mereka. Ia dibayar sehingga 33% berdasarkan pembahagian level seperti berikut:

1. Level 1 dibayar sebenyak 10%
2. Level 2 dibayar sebanyak 10%
3. Level 3 dibayar sebanyak 5%
4. Level 4 dibayar sebanyak 5% dan
5. Level 5 dibayar sebanyak 3%

Contoh: Jika ahli tajaan anda di level 1 itu menaja dan mereka dapat bonus pair rm1,000, maka bonus matching anda ialah RM100 (10%).

dan jika ahli tajaan anda yang berada di level 2 itu dapat bonus pair rm1,000, maka bonus matching anda sebeyak rm100 (10%).

Begitulah ahli tajaan anda yang berada di level 3. Jika mereka dapat bonus pair rm1,000, maka bonus matching anda ialah RM50 (5%).

*** Ahli biasa layak sehingga level 1 sahaja


5) Stokis Komisen

Bonus yang hanya untuk ahli. Saya boleh katakan bonus yang lumayan juga. Setiap stokis layak mendapat komisen seperti berikut:


Komisen repurchase - RM2.00 segram
Komisen Pendaftaran ahli baru - RM10.00
Komisen Pendaftaran stokis baru - RM100


Sekiranya downline hendak membeli 1gram, stokis dapat diskaun RM2, komisen stokis RM2, bonus repurchase downline RM1. Total bonus untuk 1 gram ahli adalah RM5.00. Setiap pembelian ahli, saya key in sendiri. Saya menguruskan kedai emas online saya.


Bonus ini juga adalah terbuka. Mana-mana ahli yang hendak repurchase atau mendaftar ahli / stokis baru, boleh hubungi mana-mana stokis untuk membuat pembelian, tidak terikat kepada upline sendiri. Stokis yang mendaftar repurchase ahli mendapat diskaun RM2 segram dan stockist commission RM2 segram. Upline ahli tersebut tetap juga mendapat bonus repurchase sponsor bonus RM1 segram.


5) Performance Award (PA)
Syarikat akan mengiktiraf stokis yang aktif dan menetapkan PA untuk mendapat ganjaran daripada syarikat. Contohnya seminar dan percutian percuma di Langkawi yang akan diadakan pada bulan Mac ini untuk stokis yang layak. PA ini sedikit sebanyak menyuntik semangat saya untuk bekerja lebih keras dalam penjualan emas bersama Powergold ini.

6) Mengenali Orang-Orang Yang Positif dan Berjaya
Apabila menjadi stokis, saya akan sentiasa berhubung dengan Master Stokis untuk pembelian emas pelanggan dan ahli-ahli di bawah legasi saya. Mengenali mereka ini membuatkan saya lebih bersemangat kerana mereka adalah orang-orang yang berjaya di dalam bisnes ini dan sentiasa beraura positif.

Dalam bisnes aura positif itu sangat penting kerana dengan cara itu sahaja kita boleh mengabaikan penolakan yang diterima. Semua bisnes ada penolakan. Saya telah menjual lampin kain moden (cloth diapers) dari tahun 2011. Penolakan terhadap produk itu sangat banyak. Sekiranya saya terlalu mengambil kisah dengan penolakan, sudah tentu perniagaan cloth diapers saya berkubur.




Kalau saya ada RM3800 ,  saya akan park duit tu jadi mobile stockist emas Powergold. Why?

Sebab ni modal sekali seumur hidup untuk bisnes emas online yang boleh diwariskan pada anak-anak bila diorang besar nanti

Sebab jadi stokis Powergold, kita dapat bantu penyimpan emas untuk beli emas dengan harga lagi murah dari market. Kalau jadi ahli je, tak dapat tolong 100% sebab ahli tak dapat uruskan dalam sistem macam stokis boleh.

Sebab buat apa-apa dalam sistem online, Powergold upah kita. Kita niat nak tolong orang beli emas tapi Powergold upah kita RM2 untuk setiap gram yang kita tolong belikan. Kalau tolong daftarkan ahli baru, Powergold upah kita RM10. Kalau stokis baru, upah lagi best RM100. Kerja mudah je, tapi upah ada banyak.

Jadi stokis la best, semua cepat kita boleh urus sendiri and dapat upah dari syarikat. Long term memang berbaloi jadi stokis, modal pun dapat balik and duit upah dari syarikat pun banyak masuk so boleh buat beli emas and cover expenses kita jugak.

Once register, kita dapat sekeping 2 dinar 999 dalam harga RM1400+. So sebenarnya untung banyak dah ni, dapat lesen penuh buat bisnes emas DAN dapat saving emas pertama dan berat dia dah cecah 8.5g!

Ni semua tambahan tau, on top of bonus bonus wajib yang Powergold bagi kat kita yang lain. Serius sangat senang nak buat duit lebih jual emas!


Rugi tau kalau ada duit RM3800 tapi tak nak jadi stokis Powergold!



Noriah | Stokis Powergold | Produk | Senarai Ejen | Sertai Powergold | Facebook

Tuesday 12 January 2016

Bonus - Bonus Yang Boleh Dinikmati Oleh Ahli Powergold

Seperti yang sedia maklum, Konsep Powergold ada 3 iaitu:
  • Saving – Simpan emas
  • Trading – Jual emas dengan memperolehi untung runcit.
  • Networking – Promosikan Powergold dan recruit ahli baru

Bonus lebih lumayan akan diberikan kepada ahli-ahli yang berjaya menaja ahli baru menyertai Powergold. Bonus untuk ahli yang menaja ialah Bonus Menaja, Bonus Pairing, Bonus Matching dan Bonus Repurchase. Penghuraian bonus-bonus Powergold adalah seperti berikut:

1. BONUS MENAJA:

Bonus Menaja ini dibayar sehingga 2 level. Tak kira berapa ramai ahli itu ia dikira sbagai level 1 manakala ahli baru berkenaan yang menaja dikira sebagai level 2 anda.

Level 1

1. Jika anda taja ahli yang join pakej membership rm450, anda RM50.
2. jika anda taja ahli yang join pakej membership rm3,800, anda dapat RM400.

* Anda boleh menaja seberapa ramai yang anda mampu dan bonus dibayar sebagai bonus level 1 anda.

Level 2

1. Jika ahli tajaan anda itu menaja ahli pakej membership rm450, anda dapat RM10.
2. Jika ahli tajaan anda itu menaja ahli pakej membership rm3,800, anda dapat RM100.

2. BONUS PAIRING:

Sistem pairing Powergold sama juga dengan lain-lain sistem pairing cuma di Powergold menggunakan kaedah matrik 3x3. Maksudnya level 1 terdiri daripada 3 orang ahli dan ahli tajaan 4 dan seterusnya akan disusun di level 2 dan seterusnya. Untuk membolehkan bonus pair dibayar, anda perlu menaja sekurang-kurangnya 3 orang ahli baru iaitu untuk disusun di kiri, tengah dan kanan matrik itu. Ahli di kiri dan di tengah yang bergerak akan akan dikira pair walaupun ahli di sebelah kanan anda mati (tak bergerak) iaitu KAKI C .Saya syorkan untuk ahli di kanan, anda boleh letak diri anda sendiri saja (tak perlu buat network di kanan), iaitu KAKI C.

*tujuan plan matrik 3 kaki ini adalah sebagai memenuhi syarat lesen AJL yg baru.

Cara Kiraan Bonus Pairing:

1. Jika berlaku pair kiri dan tengah rm450 : rm450, anda dapat RM30.
2. Jika berlaku pair kiri dan tengah rm3,800 : rm3,800, anda dapat RM300.

* Bonus ini tiada had. Dibayar sehingga infiniti selagi ahli-ahli di bawah tajaan anda bergerak.
* Bonus pairing akan berlaku flushing bila telah capai maksimum sehari berdasar pakej anda join:

1. Jika anda join pakej gold (rm450), maksimum pair sehari RM500.
2. Jika anda join pakej super power gold (stokis) rm3,800, pair sehari RM2,100.

Anda dibenarkan untuk upgrade pakej keahlian anda dalam masa 4 bulan dari tarikh penyertaan pertama

3. BONUS MATCHING:

Bonus matching dibayar kepada anda apabila ahli tajaan anda mendapat bonus pair mereka. Ia dibayar sehingga 33% berdasarkan pembahagian level seperti berikut:

1. Level 1 dibayar sebenyak 10%
2. Level 2 dibayar sebanyak 10%
3. Level 3 dibayar sebanyak 5%
4. Level 4 dibayar sebanyak 5% dan
5. Level 5 dibayar sebanyak 3%

Contoh: Jika ahli tajaan anda di level 1 itu menaja dan mereka dapat bonus pair rm1,000, maka bonus matching anda ialah RM100 (10%).

dan jika ahli tajaan anda yang berada di level 2 itu dapat bonus pair rm1,000, maka bonus matching anda sebeyak rm100 (10%).

Begitulah ahli tajaan anda yang berada di level 3. Jika mereka dapat bonus pair rm1,000, maka bonus matching anda ialah RM50 (5%).

Begitulah dengan level 2, 4 dan 5.

HANYA STOKIS YANG LAYAK DAPAT KELIMA- LIMA LEVEL. AHLI BIASA HANYA LEVEL 1.


4. BONUS MOBILE STOKIS:

Bagi yang join pakej Super Power Gold (RM3,800) anda secara langsung dilantik menjadi stokis syarikat. Stokis akan dapat insentif tambahan sekiranya melakukan sign up ahli baru. Stokis berpeluang mendapat keuntungan dari jualan emas.

1. Daftar ahli gold (rm450) anda dapat komisyen RM10.
2. Daftar ahli super power gold (rm3,800) anda dapat komisyen RM100.


5.BONUS REPURCHASE/PEMBELIAN

i)Setiap kali pembelian:
Ahli- RM1 per gram
Super Power Gold - RM2 pergram

ii)Setiap kali orang yang anda taja repurchase, setiap gram emas yang dibeli, anda akan dapat RM1.

Contoh:
Anda menaja A , A beli 2 keping Dinar (4.25gram x2). Powergold akan beri bonus RM8.5o kepada A dan anda juga akan mendapat bonus RM8.50 (SYARATNYA ANDA MESTI BUAT PEMBELIAN SEKURANG-KURANGNYA 1GRAM SETIAP BULAN).

PEMBAYARAN BONUS: 
Bonus Auto Withdraw sebulan 2 kali (01-15HB :BERMULA 16-25hb & 16-31hb :BERMULA 01-09hb) Minimum auto withdraw RM100 ke atas. Bonus akan dimasukkan ke Akaun Bank anda dalam masa 1-5 hari setelah Auto Withdraw dilakukan.

SMS dihantar kepada ahli selepas bonus dibayar

Semoga pencerahan ini membantu anda dalam membuat pembelian dan penajaan.


Noriah | Stokis Powergold | Hubungi Saya | Produk | Senarai Ejen


Sunday 3 January 2016

10 KELEBIHAN MENYERTAI POWERGOLD

Sejak menyertai Powergold, banyak ilmu baru tentang emas saya perolehi. Semakin lama semakin seronok menggali ilmu emas ni. Di sini saya senaraikan 10 kelebihan menyertai Powergold.

1. Modal Permulaan Murah
Powergold menyediakan 3 pakej untuk dipilih. Pakej Gold RM350, percuma 0.5 gram syiling emas, pakej Solid Gold RM450, percuma 1/4 dinar dan Pakej Super Powergold (Stokis) RM3800, percuma 2 dinar. Bayaran ini hanyalah sekali seumur hidup. Anda boleh buka lebih daripada satu akaun. Lihat di sini untuk penerangan lanjut

2. Beli emas dengan lebih murah
Sebagai ahli Powergold, anda layak mendapat harga ahli. Sekiranya anda mendaftar sebagai stokis, harga anda adalah kurang RM2 daripada ahli.



3. Emas Tulen
Gold bar, syiling dan dinar Powergold adalah berketulenan 999.9 atau 24k. Setiap gold bar, dinar, dan syiling memiliki nombor siri dan sijil. Selain itu, emas Powergold diterima di kebanyakan ar rahnu


4. Boleh jadi tokey emas
Dengan menyertai Powergold, anda boleh jual emas. Sila rujuk jadual di gambar di atas. 1 gram gold bar, anda boleh mendapat untung RM20.

5. Harga jualan balik tinggi (spread rendah)
Spread emas powergold adalah sangat rendah iaitu sekitar 7 hingga 8% sahaja.

6. Dapat bonus daripada syarikat
Powergold menyediakan pelbagai bonus untuk ahlinya. Contohnya bonus repurchase, bonus sponsor, bonus pairing, bonus matching pairing. Sekiranya anda ahli, anda layak bonus repurchase personal dan downline anda. Sekiranya anda mendaftar sebagai stokis, bonus sehingga 5 level. Stokis juga layak mendapat upah key in. Wow, menarik sangat kan?

7. Boleh beli emas dengan mudah
Order online sahaja melalui stokis / master stokis / HQ. Emas akan sampai di hadapan rumah anda.

8. Boleh Tukar Emas Tanpa Caj
Anda boleh tukar emas yang sama berat contohnya 5 keping 1 gram ditukar kepada 1 keping 5 gram. Pertukaran ini tidak dikenakan sebarang caj!

9. Perniagaan yang boleh diwarisi
Perniagaan ini boleh diwarisi selagi syarikat ini wujud.

10. Kumpulan bimbingan dan perkongsian ilmu emas
Biasanya  menerusi group whatsapp, segala tips, ilmu emas dikongsikan di sini

Sedikit pandangan daripada saya,

Noriah | Stokis Powergold | Hubungi Saya | Produk | Senarai Ejen 

Tuesday 29 December 2015

Simpan Wang RM1000 Atau Beli Emas Bernilai RM1000?

ASB telah mengumumkan dividen dan bonus pada tahun ini. Bagi penyimpan / pelabur dapat menikmati dividen ASB sebanyak 7.25% dan bonus 0.5%. Akhbar Astro Awani telah memaparkan carta dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 sehingga 2015. Laporan penuh boleh dilihat di sini.

Saya telah menganalisa perbandingan simpanan RM1000 ke dalam ASB dari 2001 atau wang RM1000 itu ditukar kepada emas pada tahun yang sama.

Pada tahun 2001, harga emas 999.9 sekitar RM36.00 segram. Oleh itu, dengan wang RM1000, anda boleh membeli emas seberat 28 gram. Jom kita buat perbandingan menyimpan emas 28 gram dengan melabur wang RM1000 ke dalam ASB pada tahun 2001.


Selepas 1 tahun iaitu tahun 2002, dividen ASB adalah sebanyak 7% dan bonus ASB adalah 3%. Simpanan ASB anda menjadi RM1100 pada tahun tersebut.

Kita lihat pula harga emas 28 gram pada tahun 2002. Pada tahun tersebut harga emas adalah RM45.00 per gram. Maka, nilai 28 gram emas pada tahun tersebut ialah RM1260. Perbezaan nilai sebanyak RM160.00

Selepas 14 tahun, peratus keuntungan simpanan wang RM1000 dan juga emas 28 gram jauh berbeza. Pada tahun 2015, jumlah simpanan ASB sebanyak RM3265.39 manakala nilai emas 28 gram adalah RM5068. Keuntungan menyimpan emas adalah sebanyak 55% lebih tinggi daripada menyimpan wang RM1000. 

Nampak tak untungnya simpan emas dalam jangka masa yang panjang. Sekiranya kita simpan lagi 5 tahun  dengan penetapan dividen 8% dan bonus 3%, wang simpanan kita di dalam ASB adalah seperti di bawah:

2016 : RM 3624.58
2017 : RM 3663.29
2018 : RM 4042.25
2019 : RM 4486.90
2020 : RM 4980.46

Harga emas tahun 2020 dijangka RM503 segram. Jom kira nilai simpanan emas pada tahun 2020



Oleh itu, 28 gram X RM 503 = RM14,084.00

Keuntungan simpan emas pada tahun 2020 dijangka 182.78% berbanding simpanan wang! Itulah sebabnya kenapa kita perlu simpan emas. Ia adalah sangat menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Jom simpan emas sekarang. 1 gram 1 bulan 1 keluarga


Noriah | Stokis Powergold | Hubungi Saya | Senarai Ejen | Produk



Saturday 19 December 2015

Emas Serendah 0.5 gram : Syiling Emas Amethyst

Adakah anda tahu yang Powergold ada emas sekecil 0.5 gram?

Syiling Emas 0.5 Gram Amethyst Ketulenan 999.9
Ada No Siri dan Certificate


Nak tau kenapa Powergold buat emas kecil-kecil macamni?
Tak lain tak bukan supaya kita semua rakyat marhein ni mampu memiliki emas. Ye, supaya kita semua mampu membeli dan menabung emas. Kebanyakan kedai hanya mempunyai emas sekurang-kurangnya 5 gram.

Tak semua orang mampu nak beli emas 5 gram kan? Kadang-kadang kena kumpul duit sampai setahun untuk dapat 5 gram. By the time dah cukup duit, harga emas pun naik.

Dengan membeli emas kecil-kecil macamni, tidak susahla nak beli emas. Tiap bulan boleh beli, tiap bulan boleh menabung emas.


Kenapa syiling emas 0.5gram ni lebih mahal harganya? Ini yang perlu anda tahu. Lagi kecil emas itu dibentuk, harganya lebih mahal kerana pembuatannya lebih rumit. Namun, emas yang kecil ini juga mempunyai nilai yang tinggi.

Kelebihan 0.5 gram syiling emas

Mampu milik - harga kurang daripada RM100 (harga ahli Powergold 20/12/2015 adalah RM91.50) sudah tentu boleh dibeli oleh kebanyakan orang

Mudah dijual balik - sekiranya anda terdesak dan memerlukan wang, menjual 10 keping syiling emas 0.5 gram lebih mudah berbanding menjual 1 keping gold bar 5 gram. Ini kerana anda boleh menjual kepada 1 hingga 10 orang berbanding 5 gram yang perlu dibeli 1 orang sahaj dengan harga yang tinggi. Percayalah, sekiranya anda menyertai Powergold, jualan balik emas sesama ahli sangatlah mudah. Ahli-ahli Powergold pasti berebut-rebut nak beli emas anda.

Mempunyai nilai yang tinggi - Emas yang kecil mempunyai nilai yang tinggi kerana pembuatannya yang sukar.

Sesuai dijadikan hadiah - Seperti yang saya tulis di sini hadiahkan rakan anda dengan emas 0.5 gram syiling ini amat sesuai kerana harganya yang mampu dibeli disamping menyedarkan penerima hadiah untuk menyimpan emas.

Seorang pengantin sedang memegang 0.5gram syiling emas hadiah daripada rakan beliau
Simpanan Untuk Ibu Bapa - Selain memberikan wang kepada ibu bapa anda, pemberian 0.5 gram syiling emas sebulan mungkin dapat menggembirakan ibu bapa anda.

Tabung emas anak - anak - Sesuai dijadikan tabungan emas untuk anak- anak. Lebih menguntungkan. Sila baca entry tentang simpan emas sejak bayi di sini

Jom mulakan sekarang. Nak lagi untung, join Powergold. Selain daripada dapat harga murah dari kedai, dapat juga bonus-bonus yang disediakan syarikat


Noriah | Stokis Powergold | Hubungi Saya | Sertai Ahli | Produk | Senarai Ejen

Wednesday 16 December 2015

Jom Kenal 1 gram Gold Bar Amethyst


1 gram gold bar amethyst adalah produk terlaris Powergold kerana Powergold memang menggalakkan simpanan emas sekurang-kurangnya 1 gram sebulan. Seseorang ahli Powergold hendaklah membeli sekurang-kurangnya 1 gram sebulan untuk membolehkan ahli tersebut layak menerima bonus repurchase.

Apabila anda membeli 1 gram gold bar Amethyst, emas anda berupa seperti di atas

  • Laminate kerana 1 gram sangat kecil
  • Terdapat nombor siri yang merupakan sijil emas tersebut
  • Dinyatakan ketulenan emas iaitu 999.9
  • Dinyatakan berat emas iaitu 1 gram
Walaupun seal terbuka, syarikat tetap membeli dengan harga belian balik yang tinggi

Sebagai stokis Powergold, saya selalu menasihatkan ahli di bawah saya untuk membeli sekurang-kurangnya 1 gram sebulan supaya mereka mendapat bonus repurchase pada bulan tersebut. Kepada pelanggan saya juga, saya menggalakkan mereka membeli secara istiqamah 1 gram sebulan.

Secara logiknya, sekiranya anda membuat pembelian secara istiqamah 1 gram sebulan, jumlah simpanan anda adalah seperti berikut:
  • 1 tahun 12 gram
  • 2 tahun 24 gram
  • 5 tahun 60 gram
  • 10 tahun 120 gram
Masuk akal bukan? Sekarang bukan orang kaya sahaja boleh simpan emas. Kita pun boleh. Dapatkan 1 gram pertama anda hari ini. Nak lebih banyak kelebihan, sertai ahli Powergold bersama saya.

Noriah | Stokis Powergold | Hubungi Saya | Sertai Ahli | Produk | Senarai Ejen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.