Saturday 12 September 2015

Bagaimana Menyimpan Emas?

Antara soalan yang kerap ditanya, kalau beli emas ni nak simpan mana? Tak hilang ke kalau simpan kat rumah?

Tapi kan masa saya nak beli gold bar pertama saya, saya tak tanya soalan ni. Sebab, bagi saya harta benda semua ni pinjaman sahaja. Kalau ditakdirkan kita hanya memiliki harta tersebut dalam tempoh tersebut, ia akan tetap pergi juga walau dengan apa cara sekali pun. Tapi bila dah berfikiran begitu, jangan pulak kita sambil lewa menyimpan barang berharga kita.

Sebenarnya apa yang kita beli, sama ada motosikal, kereta, jam tangan, beg tangan dan sebagainya ada potensi untuk hilang. Oleh itu, tak perlu la saya rasa kita terlalu rigid dengan fikiran negatif yang membantutkan usaha kita untuk menjadi penyimpan emas sejati.


Bagaimanakah Cara Menyimpan Emas?

Emas itu tidak jauh berbeza dengan barang kemas, jika barang kemas boleh disimpan di rumah, mengapa tidak emas tersebut? Kaedah penyimpanan emas itu, sama sahaja seperti kaedah penyimpanan barang kemas. Pencuri kalau nak mencuri, bukan sebab dia tahu rumah kita ada emas atau sebab kita ada beli emas. Pencuri masuk rumah selalunya sebab rumah itu kosong atau rumah tu nampak macam sebuah rumah orang yang sangat kaya yang kurang kawalan sekuritinya.

Tapi kalau anda rasa memang sangat-sangat tidak selesa emas anda itu di simpan di rumah, mungkin sebab takut hilang ke, takut di curi ke, takut terlupa letak dimana, takut rumah terbakar (tapi emas takkan terbakar) atau sebagainya. Anda boleh menyimpankan emas anda itu di kotak keselamatan, iaitu "safe deposit box" yang disediakan oleh pihak bank. Jika setakat 1 dinar emas atau 10gram Gold Bar sahaja tidak perlulah simpan sampai di safe deposit, lainlah kalau anda ada berkilo-kilo emas memang sesuai la simpan di safe deposit.

Berikut adalah senarai bank yang menyediakan Safe Deposit Box untuk disewa

  • Maybank (cawangan tertentu), kos sewaannya sekitar RM80-RM200 setahun, bergantung pada saiz kotak. 
  • Public bank, kos sewaannya pula sekitar RM150-RM430 setahun.
  • CIMB Bank, kos sewaannya pula sekitar RM100-RM360 setahun.

Terdapat beberapa syarat yang pihak bank tetapkan jika ingin menyewa safe deposit box mereka, antaranya :-


  • Anda mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
  • 2 Unit Kunci diserah kepada anda dimana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya   kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
  • Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
  • Nilai perlindungan insuran selalunya hanya sehingga RM10 ribu sahaja.
Contoh Safe Deposit Box

Jadi, terpulang kepada anda, mahu simpan sendiri atau simpan di bank? Pada saya, setakat emas kecil seperti 1 dinar emas 40 keping ke, anda boleh fikirkan secara kreatif tempat yang sesuai untuk simpannya.

Diharapkan info ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. Ramai orang takut beli emas sebab masalah bagaimana nak simpan emas ni, padahal ramai orang simpan wang fiat berhelai-helai di rumah tak takut pula. Fikir-fikirkan.

Kempen 1 bulan 1 gram 1 keluarga

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.