Tuesday 13 October 2015

BUKU AKAUN SIMPANAN EMAS, BENARKAH BERBALOI ATAU SEBALIKNYA?

Saya pernah menulis tentang Buku Simpanan Emas di sini
Kali ini saya menulis tentang beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang buku simpanan emas

Umum telah mengetahui dan mengenali produk perbankan yang berasaskan kepada pelaburan emas ini, justeru setiap kali berbicara mengenai pelaburan emas, pasti soalan mengenai GSPA, GIA dan yang seangkatan dengannya tidak akan terlepas daripada menjadi soalan utama. 
Baiklah, saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu dan fakta berkenaan Buku Simpanan Emas atau Gold Paper ini, anda nilai dan buat perbandingan sendiri. 

Fakta mengenai Buku Simpanan Emas (Gold Paper)

1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank. 

2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan 

3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan. 

4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda. 

5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas. 

6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi? 

7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!! 

8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda. 

9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar. 

Inilah beberapa fakta yang perlu anda tahu.

Di antara Institusi kewangan yang menawarkan produk ini di Malaysia ialah : 

1- Gold Saving Passbook Account - Maybank 
2- Gold Investment Account - Public Bank 
3- Kuwait Finance House Gold Account - Kuwait Finance House 
4- Citibank Gold Account & Citibank Dual Currency Account - Citibank 
5- Gold Investment Account - UOB Bank

Dengan penerangandi atas jelas menunjukkan simpanan emas fizikal sendiri adalah lebih baik daripada buku simpanan emas. Anda boleh jual seberapa banyak emas yang anda ada, pada bila-bila masa dengan harga jualan balik yang tinggi dan menguntungkan. Tiada rekod tentang simpanan emas anda kecuali anda seorang sahaja yang mengetahuinya.


Sekiranya anda tidak tahu bagaimana hendak menyimpan emas fizikal anda, sila baca entry ini

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui emas yang dijual oleh saya, sila klik sini. Anda juga boleh membeli emas dengan ejen Powergold yang berhampiran dengan anda, sila rujuk senarai ejen di sini

Berminat menjadi ejen Powergold, anda boleh megisi borang keahlian di bahagian bawah blog ini. Keterangan tentang pakej yang disediadakan boleh dibaca di sini atau menghubungi saya melalui whatsapp / telegram di talian 0129817976.

Jom kita menyimpan emas sekurang-kurangnya 1 gram sebulan


0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.