Saturday 31 October 2015

Kisah Teladan Simpanan Wang Fiat

Entry kali ini saya ingin ceritakan tentang 2 kisah yang kita boleh jadikan teladan tentang kerugian menyimpan wang fiat (wang kertas dan syiling). Kisah ini adalah kisah benar.


1. Tanam Wang Kertas

Kejadian berlaku di Jiangsu, China. Seorang ibu menanam wang kertas sebanyak 100,000 yuan (RM65,000) di bawah lantai rumah selama 4 tahun. Wang kertas tersebut telah paroi dan tidak laku lagi. Wanita ini mengalami kerugian yang besar atas tindakannya.

Akhbar Harian Metro 31 Ogos 2015 boleh dibaca di sini


2. Simpan syiling RM1.00

Kisah ini diceritakan oleh Awie, penyanyi Kumpulan Wings ketika beliau menjadi tetamu Hot FM. Pada suatu masa dahulu, beliau menyimpan syiling RM1 di rumah. Nilai syiling tersebut adalah lebih kurang RM2000. Akan tetapi syiling tersebut hangus apabila rumah beliau terbakar. Anda mungkin boleh mendengar atau menonton rakaman Hot FM AM Krew bertarikh 26 Oktober 2015 (Saya tidak menjumpai rakaman tersebut di dalam youtube)


Syiling RM1 yang dikeluarkan pada era 90-an


Pengajaran Daripada 2 Kisah di Atas

2 kisah yang kita boleh ambil iktibar kerugian akibat menyimpan wang fiat. Seperti yang kita tahu, emas merupakan logam yang sangat utuh walaupun tersimpan di dalam perut bumi bertahun-tahun.

Daripada kisah pertama, sekiranya wanita tersebut menggantikan wang kertas itu kepada emas yang bernilai sama (100,000 yuan), sudah tentu emas itu masih elok walaupun tersimpan 4 tahun di bawah lantai dapur rumahnya. Malah, dia dapat menjual emas itu dengan harga yang lebih tinggi serta mendapat pulangan lebih daripada itu kerana harga emas meningkat saban tahun. (Purata kenaikan harga emas adalah 15% setahun tapi pada hakikatnya ia lebih daripada 20% setahun).

Kisah kedua pula, syiling RM1 hangus terbakar dijilat api. Sekiranya syiling RM1 itu adalah syiling emas dan jumlahnya RM2000 juga, anda rasa emas itu akan hangus atau tidak????

Ini yang kita perlu tahu, emas merupakan logam yang sangat stabil. Takat lebur emas adalah 1064.81 darjah ceulcis. Tingi kan?

Kebiasaannya kita membakar kek pada suhu 180 darjah celcius, kek dah cukup masak, pada suhu ini juga kertas boleh terbakar dan hangus, logam timah pun dah boleh cair tetapi emas tidak akan terjejas pada suhu ini.

Suhu api rumah terbakar pula adalah sekitar 530 darjah celcius. Sumber adalah di sini . Suhu ini masih belum mampu mencairkan atau memusnahkan emas. Emas, kalau cair pun masih berharga, malah habuk emas pun berharga.

Semoga tulisan ini dapat memberi kesedaran kepada kita untuk menyimpan emas.

Dapatkan emas murah : text saya 0129817976
Sekiranya anda mahu sertai saya membeli emas lebih murah daripada harga pasaran, anda boleh mengisi borang keahlian di blog ini atau berhubung dengan saya.
Untuk mengetahui jenis-jenis emas yang saya jual bole lihat di sini
Sekiranya anda ingin mendapatkan emas daripada ejen saya, boleh lihat senarai ejen di sini.

~ SIMPAN EMAS MENJANA EKONOMI UMMAH~





0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.