Friday 9 October 2015

Suri Rumah Boleh Menyimpan Emas Dengan Duit Terpijak

Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang ahli Powergold di bawah legasi Sweet Luna Gold. Beliau merupakan penyimpan emas dari tahun 2010 lagi dan menyertai Powergold kerana mahu menyimpan emas yang kecil. Ternyata apa yang dikongsikan oleh beliau ini telah pun beliau praktikkan dan berjaya!

Teruskan membaca untuk mengetahui caranya.

1) Kaedah Duit Terpijak

Seorang isteri tak kiralah suri rumah atau pun tidak biasanya akan menguruskan hal - hal rumahtangga seperti memasak, mengemas rumah, menjaga anak, membasuh pakaian dan sebagainya.

Pernah tak setiap kali nak basuh baju, terjumpa syiling atau wang kertas RM1 (wang kecil) dalam poket seluar suami? Pernah tak jumpa syiling merata-rata di atas meja, almari dan sebagainya? Seriously, orang lelaki tak suka syiling sebab kebanyakan wallet lelaki tak ada compartment untuk syiling dan mereka tak suka syiling berada dalam pocket seluar sebab takut koyak.

Syiling suami saya yang disepahkan di dalam almari pakaian

Di sinilah peranan isteri atau suri rumah. Anda boleh kutip semua duit-duit yang anda jumpa di dalam rumah anda dan masukkan ke dalam tabung. Buatkan tabung syiling dan tabung wang kertas. 

Syiling ni anda kumpul, kumpul dan kumpul sehinggalah tabung syiling tu penuh. Kemudian, jangan tukar / simpan di bank sebab mesin kiraan syiing di bank kadang-kadang tak sama dengan jumlah yang kita kira. Kadang-kadang lebih dan kadang-kurang. Kalau lebih tak apalah, kalau kurang, rugi kita.
Anda boleh asingkan siap-siap syiling supaya senang nak kira nanti

Setelah anda kira syiling tersebut, anda tukarlah di kedai runcit atau kedai makan. Biasanya kedai-kedai ini tak akan kira balik syiling tu sebab banyak kan. Kedai mamak kebanyakannya tak kira langsung. Maka dengan duit yang dah ditukar tu anda tukar pula dengan emas 1 gram! Ha, inilah antara cara yang boleh dipraktikkan oleh para isteri atau suri rumah untuk menyimpan emas dengan duit TERPIJAK! Ni namanya tukar syiling kepada 1 gram emas.

P/S : Dah jumpa duit-duit tu, bagitahu suami yang anda mahukan duit itu ya. Jangan ambil tanpa kebenaran pula. Tapi biasanya orang lelaki tak kisah pun dengan syiling-syiling yang memberatkan poket seluar mereka ni.

2) Kaedah Duit Haram

Kenapa panggil duit haram? Caranya adalah anda haramkan penggunaan duit RM5 dan RM20 di rumah anda. Namakan tabung hijau dan tabung oren. Pastikan wang kertas RM5 dan RM20 dimasukkan ke dalam tabung mereka setiap hari. Cukup sahaja duit itu, anda beli 1 dinar. Ada yang cakap susah sebab perlukan disiplin yang tinggi. Tapi sekiranya anda letak target, mesti boleh. Sama juga orang buat tabung untuk melancong. Target adalah melancong dan anda memaksa diri untuk masukkan duit ke dalam tabung melancong tu.

Tabung Hijau dan Tabung Oren
Catatkan simpanan si oren di kertas
Catatkan untuk si hijau juga
Kepada anak-anak, didik mereka untuk menyimpan sendiri. Wang lebihan belanja di sekolah, anda arahkan mereka masuk ke dalam tabung. Cukup haul, tukar duit mereka kepada emas untuk mereka. Didik mereka menyimpan emas dari kecil.

Selamat mencuba semua. Ingin mengetahui lanjut tentan jenis-jenis emas yang dijual oleh Powergold, sila klik di sini

Atau anda boleh berhubung terus dengan saya di talian 0129817976 (whatsapp / telegram) atau menghubungi ejen - ejen yang berdekatan anda sekiranya ingin bertanyakan tentang Powergold. Sila lihat senarai ejen Powergold di sini.

Kempen 1 gram 1 bulan 1 keluarga

Jom simpan emas!

1 comments:

  1. menarik teknik menabung ni. ramai patut cuba. saya pun dah cuba, memang menjadi sis. :)

    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.