Terma & Syarat

1. Perjanjian Jual Beli
    • Kontrak jual beli ialah satu kontrak dimana pihak kami(sweetlunagold.blogspot.com) bersetuju memindah milik barangan atau perkhidmatan kami pada suatu harga yang ditetapkan oleh kami kepada pembeli.
    • Kontrak jual beli kami mungkin dalam bentuk perjanjian yang bersyarat atau mutlak.
    • Dalam kontrak jual beli kami, barangan atau perkhidmatan akan dipindahkan daripada penjual(sweetlunagold.blogspot.com) kepada pembeli pada suatu harga yang telah ditetapkan oleh pihak kami dengan perjanjian jual beli yang ditetapkan oleh pihak kami secara mutlak atau bersyarat.

2. Kontrak Jual Beli
    • Kontrak jual beli dibuat berdasarkan tawaran jual atau beli
    • Barangan pada suatu harga yang ditetapkan berdasakan tawaran yang telah dibuat. Pihak kami menyediakan perkhidmatan penghantaran secara terus dan pembayaran dari pihak pembeli mestilah membuat pembayaran secara terus melalui akaun kami atau penghantaran akan ditunda kepada suatu masa yang ditetapkan selari dengan pembayaran atau kedua-duanya.
    • Berdasarkan kepada penjanjian kami dengan pihak pembeli,
    • Kontrak jualan akan dibuat dengan kaedah penulisan umum atau melalui perjanjian komunikasi atau kedua-duanya atau berdasarkan budi bicara antara penjual dan pembeli.
    • Barangan yang sedia ada atau barangan dimasa hadapan adalah  dimiliki oleh pihak pembeli dengan syarat pembayaran telah dibuat mengikut perjanjian jual beli yang telah ditetapkan pada masa tertentu dan syarat-syarat tertentu.
    • Berdasarkan kontrak ini, ia akan terbatal jika barangan yang dihantar kepada pembeli mengalami kerosakan fizikal kekal iaitu selepas barangan tersebut melepasi kawalan kualiti kami dan pihak pembeli berhak membuat tuntutan berdasarkan kontrak jual beli dan pihak pembeli hendaklah menyediakan bukti yang bahawasanya barangan kami atau perkhidmatan kami mengalami kerosakan secara mutlak.

3. Penetapan Harga Jual Beli
    • Harga di dalam kontrak terbabit adalah tetap mengikut kepada kontrak Atau perjanjian jual beli tersebut atau mengikut budi bicara pihak kami dan harga tersebut mestilah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
    • Jika, harga tidak diumumkan atau harga ditetapkan, pembeli boleh membayar kepada penjual dengan harga yang berpatutan dan harga yang berpatutan itu ditetapkan oleh penjual yang mana kedua-dua belah pihak bersetuju.

4. Jaminan dan Kualiti
    • Jika terdapat percanggahan pada perjanjian jual beli dalam kontrak kami atau jika terdapat percanggahan pada iklan kami, pihak pembeli hendaklah memaklumkan kepada kami secara bertulis melalui email mengenai produk atau perkhidmatan kami dan jika didapati benar, maka kami akan menggantikan produk baru yang dikehendaki oleh pembeli atau pemulangan wang dan ianya mengikut budi bicara kedua-dua belah pihak.
    • Penetapan jaminan dan kualiti barangan kami atau perkhidmatan adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami dan budi bicara kami samada barangan atau perkhidmatan tersebut memerlukan jaminan atau tidak.
    • Jaminan adalah bertujuan menjadi sokongan kepada produk kami kepada pembeli.
    • Jika produk kami terdapat kerosakan daripada mata pembeli ia adalah kerosakan mutlak, pihak pembeli berhak membuat aduan berkenaan kerosakan tersebut dan tidak berhak menolak barangan tersebut dan jaminan tersebut mungkin dalam bentuk bersyarat atau keadaan kualiti. Ianya bergantung kepada kontrak dan perjanjian jual beli dan ditafsirkan sebagai jaminan kualiti barangan tersebut.
    • Jaminan kualiti barangan kami adalah berdasarkan kepada keadaan barangan tersebut dan jaminan adalah dibuat secara bertulis yang tersedia dalam kontrak jual beli. Ianya mungkin mempunyai jaminan atau tidak dan ianya bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kami.

5. Perincian perjanjian jual beli dan kontrak
    • Pihak kami berhak membuat perubahan pada mana-mana syarat dalam perjanjian jual beli atau kontrak samada sepenuhnya atau sebahagianya yang difikirkan perlu oleh pihak kami. Perubahan atau penambahan atau pengurangan syarat atau pembuangan syarat akan dibuat samada dengan notis atau tanpa sebarang notis dan ianya akan dibuat dari semasa ke semasa atau di masa akan datang dan ianya bergantung kepada keadaan dan budi bicara pihak kami. Pembeli seharusnya memahami kesemua isi kandungan syarat-syarat kami dan ianya menjadi tangggunjawab pembeli untuk mengikutnya atau tidak samada sepenuhnya atau sebahagiannya dan ianya bukan menjadi tanggungjawab kami jika pembeli tidak memahami isi kandungan perjanjian jual beli atau kontrak samada sepenuhnya atau sebahagian pada masa sekarang atau pada masa akan datang.
    • Permulangan wang atau ganti rugi yang setaraf sama ada keseluruhan atau sebahagian adalah bergantung kepada syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak kami atau budi bicara kami mengikut keadaan semasa. Ianya bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami kepada pihak pembeli atau bergantung kepada budi bicara kedua-dua belah pihak.

6. Kaedah Pembayaran
    • Kaedah pembayaran untuk produk kami atau perkhidmatan kami adalah secara tunai melalui pemindah wang melalui akaun bank yang telah ditetapkan oleh pihak kami iaitu secara online, ATM machine, kaunter bank atau yang mana dikira sesuai dan segala resit jual beli hendaklah disimpan untuk rujukan pembeli dan juga penjual dan juga sebagai bukti pembelian. Kegagalan pihak pembeli untuk mengikut terma dan syarat kami akan menyebabkan segala aduan atau pembuktian atau tuntutan berbangkit atau laporan berbangkit tidak akan dilayan sama sekali. Anda telah dianggap memahami segala apa yang terkandung dalam terma dan syarat dalam website kami dan urusan jual beli dengan kami dan anda mestilah menanggung risiko anda sendiri terhadap kegagalan anda dalam mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan.

7. Perkhidmatan penghantaran
    • Berdasarkan terma syarat kami, tempoh maklum balas sesuatu produk mengambil masa 3 hari daripada tarikh permintaan atau pertanyaan atau tempahan yang dibuat dan akan dinotiskan melalui email atau mesej atau panggilan telefon bergantung yang mana lebih sesuai. Penghantaran produk akan dibuat setelah selesai pembayaran dibuat dari pihak pembeli kepada penjual melalui pemindahan wang secara online, ATM machines, kaunter bank atau mana yang dikira sesuai ke bank-bank yang telah dinyatakan oleh kami.
    • Tempoh untuk penghantaran adalah 3 hari namun sekiranya terdapat masalah seperti ketiadaan stok dan sebagainya yang menyebabkan kelewatan akan dimaklumkan kepada pembeli.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.